Saturday, 30 July 2016

Backstabber

I do have friends.

And one of them-- jenis bercakap, bertutur, beraksi dan berkelakuan macam pijak semut tak mati.

Sejenis yang mempunyai latar belakang yang complicated, mempunyai masalah keluarga.

Keluarga pada mata aku pelik dan aneh.

Dia sejenis yang suka berkelakuan seperti innocent, tidak tahu apa2, baik, blur (konon2) dan suci tanpa dosa.

Kalau buka topik nafsu manusia--dia akan mendiamkan diri dan berlagak seolah tidak tahu apa2. Bukan sahaja nafsu, tetapi jika kami di kalangan sesama kawan bergurau tentang yang kotor2 sedikit (normal lah,kau manusia ada nafsu dan dah besar, so tak payah tunjuk baik sangat), dia akan show perangai yang ehh apa??tak faham lahh.tak tahu lahh. dan buat2 bodoh serta muka bodoh bangang tak tahu apa2.

Dan aku-- sejenis yang susah tak bantu kawan kalau kawan tu susah. Bukan kawan je, sesiapa yang aku rasa susah, semana mampu aku cuba untuk bantu-walaupun untuk angkatkan barang dia yang jatuh. Dan aku sejenis yang mudah jatuh kesian pada orang.

Ceritanya-- aku bantu dia menumpang di rumah aku lepas dia dapat kerja.Dan aku bantu apa yang aku mampu untuk bantu even dari segi kewangan. Teruk kan aku? Dan aku sejenis yang susah untuk percaya orang sebenarnya, tapi aku akan cuba untuk percaya selagi aku tak dapat apa2 bukti untuk aku tidap percaya pada dia,

Ceritanya-- masa aku takda kat rumah dia bawak balik boyfriend kat rumah. Aku tak tahu apa mereka buat dan dah sampai tahap mana (walaupun aku boleh berfikir sebab aku manusia dan dah besar panjang ada akal untuk fikir).

Pada aku--manusia jenis ni tidak tahu erti bersyukur dan beruntung. Malah memperbodohkan diri dengan ulang setiap kesalahan demi kesalahan.

Aku tak bercakap tanpa bukti. Dan yang penting pointnya aku benci dan jijik dengan dia sekarang ni. ;)

Cuma pointnya di sini, aku nak pesan dan ingatkan diri sendiri dan semua-- ALLAH tak pernah tidur. ALLAH maha kaya. Dan selalu kena ingat pepatah sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. :)


Kalau terjadi "sesuatu" pada aku lepas ni, mungkin juga kerana dia. Sebab aku nak settlekan dan clearkan hal ini esok pagi.

Terima kasih kawan memperlakukan aku macam ni. Kawan ke? Tak, Kau BACKSTABBER. PENIKAM DARI BELAKANG,

Melepaskan anjing yang tersepit? Ya. sesuai untuk dia. :) Semoga berubah. kerana Pintu Taubat ALLAH sentiasa terbuka. :)

Friday, 15 July 2016

Stevia Pengganti Gula

Harga sewaktu beli : RM60, sebotol.


Tujuan beli : nak gantikan gula kerana sangat nak diet pada waktu itu. Kononnya mahu mengamalkan diet atkin.


Tetapi hangat hangat tahi ayam kerana rasa stevia ni tak sedap langsung! Manis memang sangat manis(setitik boleh guna untuk satu botol air 1liter) tapi tekak saya tak boleh terima kerana ada rasa payau. So membazir je beli dan diet atkin pun entah ke mana.hehe



Ubat untuk Ketuat




Malu sangat bila ada ketuat kat jari! Macam pengotor sangat pulak. Padahal saya sendiri tidak tahu apa punca ketuat tu tumbuh. Tiba - tiba ada dan saya cuma mampu buang dengan menggunakan ketip kuku. Sehingga pada satu hari rasa benci dan meluat melihat ketuat menumpang di jari dan telapak tangan saya.

Pada mualanya saya beli ubat ni di farmasi. Kerana harganya antara yang mahal, (RM18.90)
 saya pilih ubat ini untuk hilangkan ketuat di jari dan telapak tangan.



Tapi malangnya mungkin ubat ni tidak serasi dengan saya. Sampai saya dah give up dan biarkan ubat ni mengering,saya tak nak pakai lagi kerana tidak memberi kesan.


Saya try beli ubat ni pula. Murah- RM 8.60.

Akhirnya ketuat yang dah bertahun menumpangdi jari berjaya dikeluarkan-dengan cara saya tarik. Mudah sangat nak tanggal ketuat ni. Seolah akarnya semua mereput dan rapuh selepas kena ubat ni kot! Saya apply hari2 selama hampir sebulan. Ini hasilnya!:


Keadaan ketuat semasa proses cabut (Saya tarik pakai jari je!)

                               



Benda dah melekat dengan isi kan, haruslah berdarah2!hehe. Sakit sikit, tapi tahan jelah.
Yang dekat telapak tangan tu dah selsai cabut. Saya bubuh minyak gamat lepas cabut.

Yang dekat jari pulak berjaya cabut. Puas hati gila walaupun terpaksa menahan sakit.
Tragdei berdarah lah juga waktu ni.
Tapi tahap kepuasan 100%


Rumusan : tak semestinya yang mahal tu elok dan boleh menyembuhkan. :)

                                     

Ubat Untuk Tumit Kaki Pecah - ROSKEN SKIN REPAIR







Keadaan tumit saya sebelum memakai apa2. Kering, bersisik. Sangat tidak selesa dan memalukan!


Hari pertama beli Rosken Repair Skin 

Tarikh pada waktu ni 5 March 2016. Syaa kebiasaanya pakai 3 kali sehari iaitu
sewaktu berada di tempat kerja (pagi) dan sebelum tidur malam.Saya akan pakai stokin selepas pakai .(Pilihan saya sendiri)

Rosken ni agak melekit tetapi selesa lepas dia dah agak kering selepas disapu. Ada haruman mint tp tak berangin pun krimnya. Harga time beli ni RM22.50. Saya beli di Caring Pharmacy
Keadaan tumit saya selepas memakai Rosken Skin Repair. Tarikh gambar ni adalah 21 Mac 2016.
                                   
Ambil masa la nak cantik dan recover. tak la spt yang ditulis di botol krim-3 har. Tipu sangat.
Keadaan tumit lebih lembab dan tak bersisik lagi!




Try la untuk sesiapa yang tumitnya teruk seperti saya (tetapi sekarang tidak lagi!) :)

                                     

Thursday, 10 March 2016

Tempat Menarik Di Pattaya dan Bangkok

Assalamualaikum.

Trip                               :     Pattaya- Bangkok
Tarikh                           :     7-10 Januari 2105
Currency (at this time) :     RM 1 bersamaan 100 baht
                                        *Example : untuk beli sebiji mangga yang siap dikupas+serbuk asam                                                      harganya adalah 300 baht.



PATTAYA TRIP

Tempat2 yang dilawati

1. Pattaya Floating Market

*Dari Lapangan terbang ke Pattaya Floating Market ambil masa lebih kurang 2 jam.


Pintu masuk pertama di Pattaya Floating Market. Selepas memasuki pintu ini, akan ada kaunter tiket.
Selepas itu kita akan memasuki pintu kedua (melalui guard yg akan cek tiket)

Harga Tiket : 800 baht (+ - RM8 )
Beware of this person yg memakai costum sebegini.
Mereka akan tarik dan ajak kita bergambar but then they will asked for money (charge for taking photo with them)
But for those yang berminat,silakan.

Harga bergambar : 100 baht.

Banyak juga view yang cantik untuk capture photo.

Sunset Scene di sini
Akan ada sampan yang akan bawa sesiapa yang berminat untuk belayar dalam market ni.

Kos : Dah termasuk sekali dengan harga tiket.


Antara view lain




Makanan akan banyak dijual dalam sampan sebegini.
Suggestion : Try makanan ala2 roti canai yang letak pisang.Tak tahu nama


Tips:

1. Jangan beli any sourvenir di sini kalau ini baru destinasi pertama anda. MAHAL.
2.TRY makanan2 yang ada (for food hunter) tapi pastikan HALAL.

Tempat yang dilawati

2. Pattaya Coral Island 

Nak ke Coral Island ni kena naik Speed Boat. Kos tak tahu sebab travel uruskan.

Air sangat jernih selain masin gila lebih masin dari air laut yg pernah saya terminum.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan. "Parasailing"
Banana Boat


Tips:

1.Speed boat untuk sesiapa yang tak biasa memang sangat menakutkan.
Spare minyak angin, takut mabuk laut.

2 For banana Boat, kongsilah dengan sesiapa untuk naik.Janagan la bayar sorang2 :)

3. WAJIB bergambar sakan. Air sejernih muka orang beriman.



BANGKOK TRIP


Tempat yang dilawati :

1.  NOONG NOOCH VILLAGE



Mula2 masuk ke dalam kampung ni akan ada taman yang menempatkan arca2 yg sangat cantik.
Landskap



Port kepada sesiapa yang suka bergambar


Kesemua arca di sini seakannya diperbuat daripada clay.
*Anggapan saya.

Juga ada pak belang yang jinak.Nak ambil gambar bersama harimau ni?
100 baht.Bayar dulu,naaa.



Melepasi taman tadi, ada pintu masuk untuk ke acara lain.
Whats that?Skroll.

Akan ada persembahan yang mana ianya seakan teater pendek.
Kita akan dapat melihat budaya masyarakat Pattaya atau Thailand khususnya,
seperti tarian tradisi mereka, muay thai, peradaban raja-raja dahulu dsb.


Ni keadaan dalam panggung.
Pada saya laa, panas, sempit, yang duduk jauh ke belakang akan
 nampak kepala orang bawah je, tak selesa.
Pandai2 lah cari keselesaan untuk tengok show di pentas.



Lepas tengok show menari2 tadi boleh lah ke bahagian belakang panggung.
Boleh tengok show gajah genius comel pulak
Ni pulak keadaan tempat duduk untuk tengok si comel comel sekalian beraksi.



Sebelum atau selepas show, gajah2 ni akan dtg ke arah penonton.
Sesiapa nak bagi makanan atau duit, silakan.
Gajah2 ni bijak!

Then akan ada slot untuk bergambar dengan gajah dua ekor ni.
Kos : 100 baht.
As for me, dah datang jauh2, apa salahnya 100 baht untuk bergambar dengan haiwan
yang melambangkan Thailand kan?
Its your choice.Depends on you!

Oh ya, nak masuk ke persembahan teater pendek dan aksi gajah gajah bijak tu kena bayar, naaa.
Maaf, tak tanya berapa sebab tourist guide dah siap beli.




Weh penat dah. Nak tahu tempat yang best untuk dilawati lagi? Stay tuned.Skroll next post. Bye!






Tuesday, 1 March 2016

Welcome!



Assalamualaikum, hai.


Tujuan saya create blog ini untuk simpan semua hal hal yang pernah saya lalui
sendiri dalam hidup.Ayat agak skema tapi saya memilih begini kerana saya ingin
memudahkan pembacaan semua.
Tidak seperti ayat alien zaman sekarang, contoh : "sy nux wut blog niw toq bg
 smua owg bacew".
Damn that sentences and words!


Dan tujuan lain saya menubuhkan blog ini akan lebih difahami apabila membaca entry
saya seterusnya.


Terima kasih.