I do have friends.
And one of them-- jenis bercakap, bertutur, beraksi dan berkelakuan macam pijak semut tak mati.
Sejenis yang mempunyai latar belakang yang complicated, mempunyai masalah keluarga.
Keluarga pada mata aku pelik dan aneh.
Dia sejenis yang suka berkelakuan seperti innocent, tidak tahu apa2, baik, blur (konon2) dan suci tanpa dosa.
Kalau buka topik nafsu manusia--dia akan mendiamkan diri dan berlagak seolah tidak tahu apa2. Bukan sahaja nafsu, tetapi jika kami di kalangan sesama kawan bergurau tentang yang kotor2 sedikit (normal lah,kau manusia ada nafsu dan dah besar, so tak payah tunjuk baik sangat), dia akan show perangai yang ehh apa??tak faham lahh.tak tahu lahh. dan buat2 bodoh serta muka bodoh bangang tak tahu apa2.
Dan aku-- sejenis yang susah tak bantu kawan kalau kawan tu susah. Bukan kawan je, sesiapa yang aku rasa susah, semana mampu aku cuba untuk bantu-walaupun untuk angkatkan barang dia yang jatuh. Dan aku sejenis yang mudah jatuh kesian pada orang.
Ceritanya-- aku bantu dia menumpang di rumah aku lepas dia dapat kerja.Dan aku bantu apa yang aku mampu untuk bantu even dari segi kewangan. Teruk kan aku? Dan aku sejenis yang susah untuk percaya orang sebenarnya, tapi aku akan cuba untuk percaya selagi aku tak dapat apa2 bukti untuk aku tidap percaya pada dia,
Ceritanya-- masa aku takda kat rumah dia bawak balik boyfriend kat rumah. Aku tak tahu apa mereka buat dan dah sampai tahap mana (walaupun aku boleh berfikir sebab aku manusia dan dah besar panjang ada akal untuk fikir).
Pada aku--manusia jenis ni tidak tahu erti bersyukur dan beruntung. Malah memperbodohkan diri dengan ulang setiap kesalahan demi kesalahan.
Aku tak bercakap tanpa bukti. Dan yang penting pointnya aku benci dan jijik dengan dia sekarang ni. ;)
Cuma pointnya di sini, aku nak pesan dan ingatkan diri sendiri dan semua-- ALLAH tak pernah tidur. ALLAH maha kaya. Dan selalu kena ingat pepatah sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. :)
Kalau terjadi "sesuatu" pada aku lepas ni, mungkin juga kerana dia. Sebab aku nak settlekan dan clearkan hal ini esok pagi.
Terima kasih kawan memperlakukan aku macam ni. Kawan ke? Tak, Kau BACKSTABBER. PENIKAM DARI BELAKANG,
Melepaskan anjing yang tersepit? Ya. sesuai untuk dia. :) Semoga berubah. kerana Pintu Taubat ALLAH sentiasa terbuka. :)
No comments:
Post a Comment