I do have friends.
And one of them-- jenis bercakap, bertutur, beraksi dan berkelakuan macam pijak semut tak mati.
Sejenis yang mempunyai latar belakang yang complicated, mempunyai masalah keluarga.
Keluarga pada mata aku pelik dan aneh.
Dia sejenis yang suka berkelakuan seperti innocent, tidak tahu apa2, baik, blur (konon2) dan suci tanpa dosa.
Kalau buka topik nafsu manusia--dia akan mendiamkan diri dan berlagak seolah tidak tahu apa2. Bukan sahaja nafsu, tetapi jika kami di kalangan sesama kawan bergurau tentang yang kotor2 sedikit (normal lah,kau manusia ada nafsu dan dah besar, so tak payah tunjuk baik sangat), dia akan show perangai yang ehh apa??tak faham lahh.tak tahu lahh. dan buat2 bodoh serta muka bodoh bangang tak tahu apa2.
Dan aku-- sejenis yang susah tak bantu kawan kalau kawan tu susah. Bukan kawan je, sesiapa yang aku rasa susah, semana mampu aku cuba untuk bantu-walaupun untuk angkatkan barang dia yang jatuh. Dan aku sejenis yang mudah jatuh kesian pada orang.
Ceritanya-- aku bantu dia menumpang di rumah aku lepas dia dapat kerja.Dan aku bantu apa yang aku mampu untuk bantu even dari segi kewangan. Teruk kan aku? Dan aku sejenis yang susah untuk percaya orang sebenarnya, tapi aku akan cuba untuk percaya selagi aku tak dapat apa2 bukti untuk aku tidap percaya pada dia,
Ceritanya-- masa aku takda kat rumah dia bawak balik boyfriend kat rumah. Aku tak tahu apa mereka buat dan dah sampai tahap mana (walaupun aku boleh berfikir sebab aku manusia dan dah besar panjang ada akal untuk fikir).
Pada aku--manusia jenis ni tidak tahu erti bersyukur dan beruntung. Malah memperbodohkan diri dengan ulang setiap kesalahan demi kesalahan.
Aku tak bercakap tanpa bukti. Dan yang penting pointnya aku benci dan jijik dengan dia sekarang ni. ;)
Cuma pointnya di sini, aku nak pesan dan ingatkan diri sendiri dan semua-- ALLAH tak pernah tidur. ALLAH maha kaya. Dan selalu kena ingat pepatah sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. :)
Kalau terjadi "sesuatu" pada aku lepas ni, mungkin juga kerana dia. Sebab aku nak settlekan dan clearkan hal ini esok pagi.
Terima kasih kawan memperlakukan aku macam ni. Kawan ke? Tak, Kau BACKSTABBER. PENIKAM DARI BELAKANG,
Melepaskan anjing yang tersepit? Ya. sesuai untuk dia. :) Semoga berubah. kerana Pintu Taubat ALLAH sentiasa terbuka. :)
Saturday, 30 July 2016
Friday, 15 July 2016
Stevia Pengganti Gula
Harga sewaktu beli : RM60, sebotol. |
Tetapi hangat hangat tahi ayam kerana rasa stevia ni tak sedap langsung! Manis memang sangat manis(setitik boleh guna untuk satu botol air 1liter) tapi tekak saya tak boleh terima kerana ada rasa payau. So membazir je beli dan diet atkin pun entah ke mana.hehe
Ubat untuk Ketuat
Malu sangat bila ada ketuat kat jari! Macam pengotor sangat pulak. Padahal saya sendiri tidak tahu apa punca ketuat tu tumbuh. Tiba - tiba ada dan saya cuma mampu buang dengan menggunakan ketip kuku. Sehingga pada satu hari rasa benci dan meluat melihat ketuat menumpang di jari dan telapak tangan saya.
Pada mualanya saya beli ubat ni di farmasi. Kerana harganya antara yang mahal, (RM18.90) saya pilih ubat ini untuk hilangkan ketuat di jari dan telapak tangan. |
Tapi malangnya mungkin ubat ni tidak serasi dengan saya. Sampai saya dah give up dan biarkan ubat ni mengering,saya tak nak pakai lagi kerana tidak memberi kesan.
Saya try beli ubat ni pula. Murah- RM 8.60. |
Akhirnya ketuat yang dah bertahun menumpangdi jari berjaya dikeluarkan-dengan cara saya tarik. Mudah sangat nak tanggal ketuat ni. Seolah akarnya semua mereput dan rapuh selepas kena ubat ni kot! Saya apply hari2 selama hampir sebulan. Ini hasilnya!:
Keadaan ketuat semasa proses cabut (Saya tarik pakai jari je!) |
Yang dekat jari pulak berjaya cabut. Puas hati gila walaupun terpaksa menahan sakit. Tragdei berdarah lah juga waktu ni. Tapi tahap kepuasan 100% |
Rumusan : tak semestinya yang mahal tu elok dan boleh menyembuhkan. :)
Ubat Untuk Tumit Kaki Pecah - ROSKEN SKIN REPAIR
Keadaan tumit saya sebelum memakai apa2. Kering, bersisik. Sangat tidak selesa dan memalukan! |
Hari pertama beli Rosken Repair Skin |
Tarikh pada waktu ni 5 March 2016. Syaa kebiasaanya pakai 3 kali sehari iaitu sewaktu berada di tempat kerja (pagi) dan sebelum tidur malam.Saya akan pakai stokin selepas pakai .(Pilihan saya sendiri) |
Rosken ni agak melekit tetapi selesa lepas dia dah agak kering selepas disapu. Ada haruman mint tp tak berangin pun krimnya. Harga time beli ni RM22.50. Saya beli di Caring Pharmacy |
Keadaan tumit saya selepas memakai Rosken Skin Repair. Tarikh gambar ni adalah 21 Mac 2016. |
Ambil masa la nak cantik dan recover. tak la spt yang ditulis di botol krim-3 har. Tipu sangat. Keadaan tumit lebih lembab dan tak bersisik lagi! |
Subscribe to:
Posts (Atom)